Mycart4u
  • Home
  • Category
    • Places
      • Attractions
      • Hotel
      • Health Care
    • Documents
      • Trending
      • News
      • Articles
      • Videos
    • All Categories
  • Location
  • Add Listing
  • SaveList
  • Users
    • Account
    • Change Password
    • Profile
    • Log out
    • Register
    • Login
    • Forgot Password?

Info Program Rekalibrasi Tenaga Kerja PATI 2020

Berikut adalah Info Program Rekalibrasi Tenaga Kerja PATI 2020 yang merupakan kenyataan media terkini dari pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)   Isi Utama Pelan Program Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin (PATI) Kerajaan Malaysia dalam kenyataan media terkini bertarikh pada 12 November 2020 melalui Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan :   1. Program Rekalibrasi Pulang ke […]

November 15, 2020
Save
Info Program Rekalibrasi Tenaga Kerja PATI 2020
Document Category: News


Berikut adalah Info Program Rekalibrasi Tenaga Kerja PATI 2020 yang merupakan kenyataan media terkini dari pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

 

Isi Utama Pelan Program Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin (PATI)

Kerajaan Malaysia dalam kenyataan media terkini bertarikh pada 12 November 2020 melalui Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan :

 

1. Program Rekalibrasi Pulang ke Negara Asal
2. Program Rekalibrasi Pengambilan Tenaga Kerja

 

Semua urusan permohonan dari majikan dan PATI adalah hanya melibatkan urusan secara terus dengan Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja kerajaan Malaysia dan tanpa menggunakan mana-mana agen, vendor atau pihak ketiga.

 

Semua urusan program ini diurus sepenuhnya oleh agensi kerajaan terlibat dari mula program hingga akhir.

a. Siapa Yang layak memohon program ini

Pengambilan pekerja asing melalui program ini hanya melibatkan PATI yang sedang berada di dalam negara Malaysia sahaja.

 

Tiada pengambilan kemasukan pekerja asing dari luar negara

 

Pembekuan kemasukan pekerja asing baharu dari luar negara masih diteruskan sehingga tempoh yang diberitahu kelak.

b. Senarai negara sumber pekerja asing yang layak memohon program rekalibrasi PATI

Vietnam
Bangladesh
Pakistan
Sri Lanka
Filipina
Laos
Myanmar
Nepal
Kemboja
Thailand
Turksmenistan
Uzbekistan
Indonesia
Kazakhstan
India

1. Program Rekalibrasi Pulang ke Negara Asal 2020

Bagi PATI (Pendatang Tanpa Izin) yang b erada di Malaysia, program ini adalah bertujuan untuk membenarkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia

 

a. Permohonan Program Pulang ke Negara Asal

Sepertimana yang diumumkan, permohonan Program Rekalibrasi Pulang ke Negara Asal akan bermula pada 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

 

 

kementerian dalam negeri jabatan imigresen malaysia

2. Program Rekalibrasi Tenaga Kerja PATI 2020

Kenyataan media oleh Dato Indera Khairul Dzaimee Daud (Ketua Pengarah Imigresen Malaysia pada 13 NOVEMBER 2020)

a. Permohonan Program Rekalibrasi Pengambilan Tenaga Kerja

Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin pada 12 November 2020.

 

Agak berlainan dari segi pelaksanaan program pemutihan pekerja asing sebelum ini, program rekalibrasi tenaga kerja ini dilaksanakan khas untuk membolehkan majikan mengambil pekerja asing secara sah bagi yang tinggal di dalam Malaysia.

 

Walaubagaimana pun pekerja asing dan majikan yang layak memohon bergantung kepada syarat yang diputuskan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

 

Sepertimana yang diumumkan, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja akan bermula pada 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin memaklumkan semua majikan yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghantar permohonan mereka melalui emel rekalibrasi@imi.gov.my bermula 16 November 2020.

b. Syarat permohonan program rekalibrasi

Majikan yang berminat dan layak perlu mengemukakan permohonan pada email yang diberikan dengan mengemukakan:

  • surat permohonan
  • berserta lampiran lengkap maklumat syarikat
  • lampiran lengkap maklumat pekerja asing yang ingin dipohon untuk menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ini.

Semakan akan dibuat oleh JIM untuk memastikan majikan tidak berada dalam senarai hitam Jabatan.

c. Sektor yang dibenarkan untuk memohon

Bagi peringkat awal ini, hanya majikan yang beroperasi dalam empat sektor yang juga adalah bersifat 3D (dirty, difficult and dangerous) dibenarkan untuk mengambil PATI sebagai pekerja yang sah dalam pelan pelaksanaan program ini.

 

Setakat ini, hanya majikan daripada empat sektor sahaja yang dibenarkan iaitu sektor :

  • Perkilangan
  • Pembinaan
  • Pertanian
  • Perladangan.

d. Bagaimana untuk memohon

Bagi majikan dan pati yang ingin membuat permohonan untuk program ini, pemohon juga perlu melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di pautan http://jtksm.mohr.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat berkenaan urusan-urusan dibawah Jabatan tersebut.

 

Jabatan ini akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa berhubung Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh membuat pertanyaan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) yang boleh dicapai di pautan http://eapp.imi.gov.my/spo

 

Lain-lain info maklumat

Hukuman maksimum kepada majikan yang ingkar mengambil pekerja tanpa izin PATI selepas tempoh pelaksanaan program rekalibrasi PATI

 

Denda RM50 ribu atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Hukuman sebat terhadap majikan yang didapati bersalah menggaji lebih dari 5 orang PATI

Info


Category: News

Author


Author: Master

2020-11-13 19:32:44

Love Blogging day and night to the maximum…

Comments


Leave a Review Cancel reply

Your email address will not be published.


{“hide_search_input”:false,”hide_near_input”:true,”show”:”main”,”filters_pos”:”float”,”input_size”:””,”bar_flex_wrap”:””,”bar_flex_wrap_md”:””,”bar_flex_wrap_lg”:””,”input_border”:””,”input_border_opacity”:””,”input_rounded_size”:””,”btn_bg”:””,”btn_rounded_size”:””,”btn_rounded_size_md”:””,”btn_rounded_size_lg”:””,”bg”:””,”mt”:””,”mr”:””,”mb”:”3″,”ml”:””,”pt”:””,”pr”:””,”pb”:””,”pl”:””,”border”:””,”rounded”:””,”rounded_size”:””,”rounded_size_md”:””,”rounded_size_lg”:””,”shadow”:””,”css_class”:””}

Related:

Videos
Favorite
Alleged Matt Cornett Leaked Video Photos Goes Viral

Alleged Matt Cornett Leaked Video Photos Goes Viral

Trending
Favorite
Olivia Moline Elevator Video Leaked

Olivia Moline Elevator Video Leaked Trending On Pivahub Twitter

Videos
Favorite
Full Shaan Pritmani Video Goes Viral On Social Media

Full Shaan Pritmani Video Goes Viral On Social Media

News
Favorite
Yonkers Car Crash Video Clip Footage Accident

Shocking Yonkers Car Crash Video Clip Footage Accident

News
Favorite
Andrew Jackson Statue Washington dc video

Andrew Jackson Statue Washington DC Video Lafayette Square

News
Favorite
Full Original Women Hospital Liverpool Explosion Video Goes Viral

Full Original Women Hospital Liverpool Explosion Video Goes Viral

View all





Welcome to Mycart4u.com

Share your Best Listing With Us

Add New

Privacy Policy

Term Of Use

Location

Connect with us

  • Twitter
  • Instagram
  • Dribbble

Copyright 2023 – Mycart4u.com




Change Location
Find awesome listings near you!