Bagi yang mencari idea makan tengahari, Resepi Ikan Percik Sedap Mudah Sukatan Cawan adalah antara pilihan terbaik untuk dihidang pada keluarga tercinta. Berikut adalah merupakan cara dan kaedah untuk menyediakan menu masakan ini.
Bahan-bahan yang digunakan:
2 keping asam keping
1/2 inchi kunyit hidup
5 ekor ikan siap disiang, dibasuh dan dibakar (terpulang pada jenis ikan yang di minati seperti kembung, talapia, siakap)
Santan dari sebiji kelapa parut
Sedikit tepung beras digunakan untuk menjadikan kuah pekat
1 sudu gula Pasir mengikut citarasa
2 batang serai
Garam mengikut citarasa.
Bahan-bahan untuk dikisar
1 inci halia
10 tangkai cili kering yang telah siap direndam untuk membuatkannya lembut
1 biji bwng besar
Secubit belacan
Cara-cara menyediakan Resepi Ikan Percik:
1. Mula-mula masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar.
2. Kemudian masukkan serai dan asam keping bersama garam dan gula.
3. Selepas itu didihkan campuran tadi diatas sehingga pekat
4. Kemudian masukkan sedikit tepung beras yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu ke dalam periuk.
5. Apabila telah siap dimasak, curahkan nya ke atas ikan yang telah siap dibakar
6. Juga ikan tersebut boleh dibakar semula di atas api.
Leave a Review