Resepi Kuih Apom Kastard Gula Apong Sukatan Cawan Mudah
Kuih Gula Apong atau juga turut dikenali dengan nama kueh Apom Kastard adalah merupakan antara kuih yang popular buat seisi keluarga di kalangan rakyat tempatan Malaysia.

Kuih Gula Apong atau juga turut dikenali dengan nama kueh Apom Kastard adalah merupakan antara kuih yang popular buat seisi keluarga di kalangan rakyat tempatan Malaysia.
Bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih:
2 sudu kecil yis segera
2 cawan tepung naik sendiri diayak
1/4 cawan gula
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
Bahan yang diperlukan untuk memasak inti kastard:
1/2 cawan gula
1/2 cawan gandum
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan air
Cara-cara penyediaan Kuih Apom Kastard:
1. Mula-mula sekali, pukulkan telur bersama gula pasir sehingga kembang. Tambahkan gula, yis, majerin cair,air dan susu segar ke dalam telur dan pewarna makanan. Gaul sebati.
2. Seterusnya, masukkan tepung dan gaul rata. Kisarkan di dalam pengisar sebentar, tapis. Perapkan adunan tadi selama lebih kurang 1-2 jam sehingga adunan tersebut berbuih.
3. Selepas itu, tuangkan sesenduk adunan ke atas pan dan ratakan. Masak tanpa menggunakan minyak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Jangan biarkan kuih terlalu lama kerana cepat masak dan hangus.
4. Berikutnya, angkat kuih setelah siap dimasak dan isikan 1 sudu besar inti ditengah kuih. Lipatkan kuih separa bulatan dan kemaskan.
5. Kemudian, cara buat inti kuih tersebut adalah dengan menyatukan kesemua bahan seperti gula,gandum,pewarna kuning,tepung kastard dan air secukupnya. Masakkan inti pada api perlahan sehingga inti berkilat dan kenyal.
Leave a Review