Berikut adalah merupakan Resepi Cara Membuat Kuih Kacang Hijau Kasturi Mudah Sedap Sukatan Cawan yang popular di kalangan rakyat Malaysia.
Juga di kenali dengan nama panggilan lain seperti kuih rengas atau kuih cucur kacang. Sangat sesuai di makan pada waktu breakfast, makan petang atau juga sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka puasa.
Bahan-bahan diperlukan adalah:
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar kelapa parut
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil air kapur
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung beras
1 cawan kacang hijau
Cara-cara membuat kuih kasturi:
1. Pertama sekali, kacang hijau direndam selama 1 1/2 atau sehingga ia lembut. Kemudian, apabila kacang sudah lembut, masak rebus sehingga empuk.
2. Kedua, masukkan pula gula pasir, kelapa parut apabila air rebusan sudah sedikit kering. Kacau hingga kering.
3. Ketiga, taburkan tepung gandum ke dalam kacang dan gaulkan hingga sebati. Seterusnya, angkat dan sejukkan sebentar.
4. Keempat, bulatkan dan leperkan inti kacang hijau yang siap dimasak tadi. Kemudian, dalam mangkuk yang berasingan satukan tepung gandum,air kapur,garam dan air. Pastikan adunan anda tidak terlalu pekat dan likat.
5. Kelima, panaskan minyak masak dan celupkan inti kacang yang dibentukkan tadi kedalam tepung lalu, gorengkan hingga bewarna keperangan.
6. Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
Variasi dan pilihan masakkan
Kuih ini merupakan antara masakkan yang sering menjadi pilihan pelbagai bangsa termasuk cina, india dan melayu di negara ini. Ada juga masakan yang menggunakan kacang merah sebagai ganti kepada resepi ini.(Fried Red Bean Dumpling).
Antara variasi lain penggunaan kacang hijau dalam masakan adalah seperti kuih talam kacang hijau kukus, kuih bingka dan lain-lain lagi.
Leave a Review