Mycart4u
  • Home
  • Category
    • Places
      • Attractions
      • Hotel
      • Health Care
    • Documents
      • Trending
      • News
      • Articles
      • Videos
    • All Categories
  • Location
  • Add Listing
  • SaveList
  • Users
    • Account
    • Change Password
    • Profile
    • Log out
    • Register
    • Login
    • Forgot Password?

Resepi Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak Sedap

Sebut sahaja nama Resepi Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak Sedap dan simple pasti membuatkan anda kecur liur dengan pelbagai jenis variasi masakanbagi hidangan berlemak dan bewarna kuning ini disamping penggunaan daun kunyit dalam masakan. Bahan-bahan utama masak lemak tempoyak : 1 keping asam gelugur 4 sudu besar tempoyak (jenis masam atau manis) 200 ml santan […]

July 15, 2022
Save
Resepi Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak Sedap 768x644
Document Category: RecipeDocument Tags: Resepi Tempoyak Soup

Documents » Recipe


Sebut sahaja nama Resepi Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak Sedap dan simple pasti membuatkan anda kecur liur dengan pelbagai jenis variasi masakanbagi hidangan berlemak dan bewarna kuning ini disamping penggunaan daun kunyit dalam masakan.

Bahan-bahan utama masak lemak tempoyak :

1 keping asam gelugur
4 sudu besar tempoyak (jenis masam atau manis)
200 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
2 ekor ikan patin yang siap dipotong kecil dan dibasuh
Air secukupnya
3 batang serai siap diketuk

Bahan yang digunakan untuk dikisar:

1 inci kunyit hidup

15 ulas bawang merah

10 tangkai cili padi atau lebih ikut citarasa
4 ulas bawang putih

Cara menyediakan:

1. Langkah pertama mula-mula bersihkan ikan patin yang telah siap dipotong mengikut citarasa dengan asam jawa. (jenis ikan patin seperti patin buah, lawang, muncung, emas, kolam)

2. Kemudian masukkan bahan yang telah siap dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai dan pasangkan api secara sederhana.

3. Selepas itu kacau kuah anda secara perlahan tuangkan sedikit air dan biarkan seketika.

4. Langkah seterusnya masukkan tempoyak, ikan dan asam gelugur ke dalam periuk.

5. Langkah terakhir kacau semula selama 10 minit dan kemudian tambahkan garam dan gula secukup rasa.

6. Hidang masakan anda untuk dinikmati bersama keluarga.

 

Antara masak lemak gulai cili padi yang famous dan popular adalah dari negeri melaka dan negeri sembilan yang terkenal dengan masakan yang pedas manakala temerloh pahang dan perak pula terkenal dengan ikan sungai pahang yang manis serta penggunaan tempoyak dalam masakan.

 

Pengunaan berasaskan daging, ayam atau itik salai juga popular digunakan dalam masakan lemak dengan penggunaan cili api yang banyak beserta belimbing buluh atau nenas.

Info


Category: Recipe
Tags: Resepi Tempoyak and Soup

Author


Author: Azzalea

2020-04-16 17:10:16

Comments


Leave a Review Cancel reply

Your email address will not be published.

Related Listing:

Recipe
Favorite
Pumpkin Soup Recipe Easy Homemade and Tasty

Pumpkin Soup Recipe – Easy Homemade and Tasty

Recipe
Favorite
dokumen.jpg

Resepi Sup Ketam Sedap Mudah Ringkas

View all

Welcome to Mycart4u.com

Share your Best Listing With Us

Add New

Privacy Policy

Term Of Use

Location

Connect with us

  • Twitter
  • Instagram
  • Dribbble

Copyright 2023 – Mycart4u.com

Change Location
Find awesome listings near you!