
Description
Chalet Astana Edayu adalah merupakan antara chalet yang sering menjadi pilihan para pengunjung ke pantai pengkalan balak kerana lokasinya bersebelahan dan berdekatan dengan pantai dan laut.
Antara tarikan utama ialah pantainya yang cantik dan luas serta pemandangan sunset yang indah. Juga sering diadakan acara atau majlis berkumpulan dan perseorangan.
Selain itu bagi kaki pancing yang berkunjung ke Telok Gong atau pengkalan balak lokasinya membuatkan ianya sering dikunjungi oleh kaki pancing disamping keluarga tercinta.
Terdapat kawasan memancing yang menarik kerana mempunyai banyak kawasan berbatu yang mampu menarik banyak spesis ikan buruan dan bersisik seperti siakap, kerapu, senangin, pari dan juga hidupan laut lain seperti ketam.
Juga terdapat pilihan aktiviti yang menarik di sepanjang pantai seperti aktiviti memancing, berkelah dan berenang bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Full Info
Pengkalan Balak
Malacca
78300
Map
Sorry, no records were found. Please adjust your search criteria and try again.
Sorry, unable to load the Maps API.