[addtoany]
Berikut adalah Senarai Chalet Homestay Resort di Pulau Tioman yang sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung yang datang melawat ke negeri Pahang dengan harga yang murah dan berpatutan yang terdapat di sekitar Pulau Peranginan ini.
Chalet Homestay Resort di Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah merupakan sebuah pulau di Daerah Rompin, Pahang, Malaysia yang terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara lokasi pulaunya yang strategik.
Tarikan utama pulau ini adalah kerana keindahan dan kejernihan laut dan pantainya yang kaya dengan terumbu karang semulajadi yang membuatkan ianya ibarat syurga bagi para penyelam dan para pemancing.
Dengan jarak kira-kira 32 kilometer (20 batu) dari pantai timur negeri dengan kampung utama yang terdapat di sana ialah Air Batang, Tekek, Salang dan juara. Pengangkutan utama untuk ke pulau ini adalah dengan samaada menaiki feri atau kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang atau dari Lapangan Terbang Changi di Singapura.